問題詳情

Kira-kira lapan peratus daripada lebih 2.6 juta pesakit diabetes di negara ini tidak sedar menghidap penyakititu ketika di peringkat awal. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu berpuncadaripada keengganan golongan itu menggunakan kemudahan kesihatan untuk melakukan pemeriksaan. Beliau berkata, tanpa kesedaran awal, risiko untuk mendapat penyakit peringkat akhir akibat diabetes sepertimasalah buah pinggang, mata, otot serta saraf adalah tinggi. “Perkara ini sangat membimbangkan kerana kitamempunyai rangkaian kemudahan kesihatan begitu luas di seluruh negara terutama klinik swasta dan kerajaan.Bagaimanapun, ada sebahagian daripada rakyat tidak menggunakan kemudahan ini dengan optimum untukmengetahui sama ada mereka mempunyai penyakit ini atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar selepasmelancarkan alat rawatan dialisis, Lucenxia Intellis di sini hari ini. Subramaniam seterusnya menasihatkan semua pihak untuk memanfaatkan kemudahan kesihatansekurang-kurangnya setahun sekali untuk melakukan ujian darah. Lebih-lebih lagi katanya, apabila kebanyakanpemeriksaan tersebut boleh dijalankan tanpa melibatkan sebarang kos. “Banyak farmasi dan makmal swastamenyediakan kemudahan ujian darah, jadi peluang untuk periksa memang banyak tetapi kesedaran tiada, makatidak ramai yang mengambil peluang melakukan pemeriksaan awal,” katanya.
71 Apakah punca yang menyebabkan ramai pesakit diabetes tidak sedar menghidap penyakit itu pada peringkatawal?
(A)Merokok
(B)Jarang bersenam
(C)Enggan melakukan pemeriksaan kesihatan
(D)Mengadakan amalan makanan yang sihat

參考答案

答案:C
難度:適中0.5
統計:A(1),B(2),C(4),D(1),E(0)

內容推薦

內容推薦