問題詳情

Sungguh gembira saya kali ini, kerana dapat merayakan Tahun Baru bersama keluarga dan teman-teman,”kata Pakcik Ahmad. Dengan sekelip mata saja, setahun pun sudah lalu. Pakcik Ahmad seorang pemandu teksiyang sudah tinggal di Pulau Penghu sepanjang umurnya. Dia dianggap orang yang paling mencintai kampunghalamannya kerana dia suka memperkenalkan kampungnya kepada pelancong-pelancong yang datang. Selainmenjadi pemandu teksi, kadang-kadang dia juga membawa pelancong yang datang dari luar negara melancong ketempat-tempat yang menarik. Dia sebagai orang tempatan selalunya menjelaskan sejarah ataupun kisah tempattersebut kepada mereka yang berminat.Hari ini adalah hari pertama Tahun Baru, anak-anaknya semuanya pulang dari luar negara untukbersama-sama menyambut Tahun Baru. Pagi-pagi lagi, isterinya Makcik Tang sudahpun menyiapkan sarapan pagi,kemudian pergi ke pasar untuk membeli sayuran. Anak Pakcik Ahmad yang pulang dari Amerika mendapatisepucuk surat yang penuh dengan tulisan diletakkan di atas meja Pakcik Ahmad. “Anak, bolehkah kamu bacakansurat ini. Tulisannya terlalu buruk dan sukar dibaca.” Kata Pakcik Ahamd. Anaknya lalu membacakannya didepan semua ahli keluarganya.“Tanah anda harus dijual untuk pembangunan pulau ini,” beginilah tulisnya surat rasmi itu dari pihakkerajaan. Pakcik Ahmad terasa pusing dan terkejut apabila dia terdengar berita yang buruk ini. Keadaan ini sudahlama berlaku di kampung mereka, adanya khabar yang mengatakan bahawa kerajaan bekerjasama dengan agensipembangunan hotel bintang lima. Tanah di sekeliling rumahnya terpaksa dijual kepada agensi pembangunandengan harga yang murah. Sekaranglah giliran rumah mereka.“Ayah, saya rasa inilah kenyataan. Keadaan ini sudah tidak dapat diselesaikan. Biarkanlah saja, jualkanlahtanah kepada mereka,” seru anaknya. Pakcik Ahmad tidak lagi berkata apa-apa, hanya air matanya tidakberhenti-henti. Inilah hari pertama Tahun Barunya yang cukup susah hati.
71 Pakcik Ahmad berasa senang hati pada mulanya kerana .
(A)Tahun Baru sudah datang dan temannya banyak sekali
(B)berpeluang merayakan Tahun Baru bersama keluarga dan teman-teman
(C)keluarga dan teman-temannya sudah pergi melancong
(D)tanahnya akan segera dijual kepada agensi pembangunan

參考答案

答案:D
難度:適中0.5
統計:A(0),B(0),C(0),D(0),E(0)

內容推薦

內容推薦